Memahami Kestabilan Versi Umno

Penulis: Izmil Amri Johor yang dahulunya disebut kubu United Malays National Organisation (Umno), pernah juga menjadi ‘kubur’ Umno empat tahun lalu. Namun seperti zombie, ia kembali bangkit dari pembaringan dan berjaya menyusup menjadi kerajaan semula; seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku. Namun takdir menentukan, kebangkitan semula dari kubur itu bukanlah semudah yang dijangka. Lalu untuk […]
Bagaimana Prebet Sapu Mengajar Demokrasi

Penulis: Izmil Amri Pada suatu masa dahulu, saya pernah kehilangan kerja tanpa kemungkinan menemukan pekerjaan baharu. Dalam satu jam pertama diberikan notis berhenti, saya bertindak merancang kehidupan tanpa tempat berteduh. Saya fikirkan bagaimana tempat duduk belakang kereta Proton Saga yang belum habis bayar itu boleh dijadikan tempat tidur. Saya fikirkan juga apakah harta punya yang […]
Dosa Menipu Rakyat dan Dosa Ditipu Pemimpin

Penulis: Luqman Tarmizi Menipu merupakan satu perbuatan yang diterima secara universal sebagai satu kesalahan atau dosa yang tercela. Tiada orang yang suka dirinya ditipu, kecuali dalam beberapa hal, contohnya ketika menyaksikan pertunjukan silap mata. Menipu itu sendiri pula merupakan satu perbuatan yang mengasyikkan bagi sesetengah orang, kerana ia melibatkan penguasaan terhadap orang yang ditipu. Perbuatan […]
Perang Ukraine-Rusia: Apa yang Anda Perlu Tahu?

Penulis: Amirul Mukminin *Penulis merupakan seorang penganalisis dan pemerhati politik antarabangsa, serta graduan dalam bidang Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa Serangan Rusia terhadap Ukraine telah bermula. Ia diisytiharkan secara sebelah-pihak oleh Rusia sebaik sahaja negara itu juga mengisytiharkan dua negeri milik Ukraine sebagai ‘merdeka’. Kejadian ini mengejutkan ramai pemerhati politik antarabangsa yang tidak menjangkakan tindakan […]
Pendidikan Anak: Antara Rumah dan Sekolah

Penulis: Hasrizal Abdul Jamil Macam mana saya hendak bercakap mengenai hal ehwal pendidikan dalam kuliah Maghrib? Isu agamakah Pendidikan ini? Apa al-Quran cakap mengenai Pendidikan? Apa Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam sabdakan mengenainya? Pertanyaan-pertanyaan ini saya suarakan dengan jujur kepada jemaah yang hadir ke kuliah Maghrib sekitar tahun 2015 lalu. Saya berterus terang bahawa saya […]
Melayu dan Obses kepada Mistik

Penulis: Mohamad Razif bin Mohamad Fuad Setiap bangsa, pasti ada kisah-kisah magis dan mistik yang mewarnai produk budaya masing-masing. Bumbu-bumbu magis dan mistik ini kebiasaannya menjadi pengukuh kepada amalan dan kepercayaan tahyul dan khurafat dalam masyarakat. Buku Magic and Divination in Early Islam yang disunting oleh Emilie Savage-Smith menghimpunkan pelbagai penyelidikan ilmiah berhubung kepercayaan khurafat […]
Demokrasi dan Psike Orang Melayu

Penulis: Dr Sahul Hamid Mohamed Maiddin Demokrasi adalah suatu sifat yang lahir dalam diri manusia secara semulajadi. Dari segi pengertian bahasa, hakikatnya manusia memang cenderung untuk menerima suara majoriti dalam pembuatan keputusan. (Majoriti belum tentu benar? Ya!). Sejak di bangku sekolah kita diajar memilih dengan menggunakan suara majoriti. Pelantikan ketua kelas misalnya. Setelah guru menyenaraipendek […]
‘Wartawan Cilik’: Antara Dihargai dan Dieksploitasi?

Kredit gambar: Berita Harian Online Penulis: Furqan Abdullah Istilah eksploitasi menurut bahasa membawa erti perbuatan, tindakan atau seumpamanya yang mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan secara tidak adil demi kepentingan dan keuntungan diri sendiri. Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara menakrifkan eksploitasi terhadap kanak-kanak sebagai penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti yang membolehkan pihak lain mendapat faedah […]
Ilmuwan dan Persoalan Rasuah

Penulis: Luqman Tarmizi Saya cuba memahami kekecewaan dan kemarahan warga netizen terhadap apa yang mereka lihat sebagai sikap pasif para ulama dan ilmuwan tentang isu rasuah dan salahguna kuasa yang terpalit ke atas agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini. Di sebalik sikap keterlaluan sebahagian pihak yang menghambur makian dan melemparkan tuduhan melulu terhadap […]
Panduan Mengarang Teks Khutbah Antirasuah

Penulis: Luqman Tarmizi Sebulan dua ini, masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara seakan-akan berpakat dan bersatu hati dalam menyampaikan khutbah Jumaat bertemakan rasuah dan korupsi. Berdasarkan carian pantas di internet, trend ini dimulakan oleh negeri Sabah pada 8 Oktober 2021 sempena ulang tahun penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), disusuli negeri Perak pada 24 Disember […]