<strong>Curiga Perkauman Bukan Sebahagian Tradisi Melayu Islam</strong>

Penulis: Imran Rasid “Bukankah kecurigaan itu telah terbunuh ketika kita mula bersapa?” – Usman Awang Di tengah-tengah polarisasi masyarakat di Malaysia yang meruncing, adanya rasa curiga yang kian menebal. Curiga ini ditanam dan disemai agar bercambah menjadi rasa takut dan benci kepada golongan yang “lain” (the Other), iaitu kelompok yang berbeza dengan “kita”. Siapa “kita” dan […]

Mencerakin Realpolitik Macbeth

Penulis: Izmil Amri William Shakespeare menerbitkan Macbeth pada tahun 1623, sebuah karya bertemakan cita-cita politik. Ia mengisahkan seorang panglima perang Scotland yang diberitahu ahli sihir tiga beradik bahawa beliau (si Macbeth ini) akan suatu hari nanti menjadi Raja Scotland. Macbeth kemudiannya (atas anjuran sang isteri) membunuh Raja Duncan, dan menduduki takhta kerajaan. Hidupnya kemudian tidak […]

Waspadai Politik Perkauman Pasca PRU-15

Penulis: Imran Rasid Dunia bersorak apabila seorang lelaki berkulit hitam, berbapakan lelaki Muslim dari Kenya, memenangi Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2008. Barack Hussein Obama disebut-sebut sebagai figura yang membuka lembaran baru; yakni permulaan sebuah era  “Pasca-Perkauman” buat US dan seluruh dunia. Ironisnya, selepas dua penggal Obama memerintah, masyarakat dunia tercengang melihat Donald Trump, seorang […]

Semangat Perkauman dan Keazaman Politik

Penulis: Dr Sahul HM Kita ada masalah yang besar, berskala mega. Atau lebih besar daripada itu mungkin. Apa masalahnya? Hubungan antara kaum. Menjelang tahun ke-60 pembentukan sebuah negara bangsa bernama Malaysia, kita masih bercakaran dan berburuk sangka antara satu sama lain. Ini realiti yang tak dapat disangkal oleh sesiapapun, khususnya setiap kali menyambut pesta pilihanraya […]

Isu Pendidikan: Di Mana Ada Kemahuan Politik, Di Situ Ada Jalan

Penulis: Dr Sahul HM Isu Cikgu Mohd Fadli Salleh (MFS) menggegarkan Malaysia minggu lepas. Beliau yang menegur kepincangan dalam sistem pendidikan, cuba ditekan dan diambil tindakan berdasarkan peruntukan dalam Peraturan Pegawai Awam, Kelakuan dan Tatatertib 1993 yang terpakai kepada semua penjawat awam di Malaysia. Namun, selepas bermesyuarat, Lembaga Tatatertib kemudian mendapati bahawa MFS tidak bersalah. […]

Pilihan Raya Pada Musim Bah yang Musibah 

Penulis: Dr Sahul HM Desas-desus parlimen dibubarkan semakin kencang, sekencang ribut yang melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur beberapa minggu yang lalu. Cuma yang membezakan antara dua ‘kencang’ ini, yang satu implikasi kepada kuasa, yang kedua implikasi kepada nyawa. Setelah berbulan-bulan kita disajikan dengan cerita desakan untuk membubarkan Parlimen, akhirnya pada malam 30 September yang […]

Kapal tak Siap dan Kerangka Politik Elit Melayu

Penulis: Izmil Amri Kalau kita jenis yang melazimi drama Melayu berlatarkan pertelingkahan antara dua darjat, misalnya dua insan bertembung, jatuh cinta tetapi ditakdirkan tidak dapat bersama kerana salah satunya datang daripada keluarga kaya-raya; kita akan menemukan babak-babak cliche yang memaparkan orang kaya ini semua sedang mengambil angin petang sambil minum jus oren atau berdiri di […]

Pemberi atau Penerima Rasuah: Siapa Sebenarnya yang Bersalah?

Penulis: Dr Sahul HM Baru-baru ini kita dikejutkan oleh pendedahan satu kajian berkaitan rasuah. Dalam artikel jurnal tersebut dinyatakan bahawa 88% pemberi rasuah terdiri daripada orang bukan Melayu. Lalu gegak-gempitalah sebilangan manusia yang kononnya bergelar pejuang, melancarkan serangan terhadap orang bukan Melayu (dan bukan Islam tentunya) atas kesalahan yang menyebabkan Malaysia dipandang sebagai negara korup. […]

Bagaimana Sepatutnya Sikap Seorang Muslim Dalam Isu Najib Razak

Penulis: Luqman Tarmizi Rentetan penghakiman oleh Mahkamah Persekutuan ke atas mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak (NR) baru-baru ini, masyarakat mula mengeluarkan pelbagai reaksi dan pendapat. Walau apapun, hakikat yang tidak boleh dinafikan adalah beliau telah melalui proses mahkamah yang cukup panjang dan melelahkan (buat beliau sendiri dan kita yang menyaksikan), serta dijatuhkan hukuman […]

Sedekad SOSMA: Dari Mana dan Ke Mana Kita?

Penulis: Mukhriz Mat Rus Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) – SOSMA diperkenalkan kerajaan pada tahun 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri, – ISA 1960. Biar pun sebagai pengganti, kedua-dua undang-undang ini membawa pendekatan yang berbeza dalam menangani ancaman dan tindakan yang mampu menggugat keselamatan negara.  ISA v/= SOSMA  ISA yang diperkenalkan sesudah Darurat 1948-1960 menawarkan […]