Getaran Wali Seni Bernama P. Ramlee

Penulis: Luqman Tarmizi Pada tanggal 29 Mei ini, genaplah 52 tahun pemergian Seniman Agung Allahyarham Tan Sri Datuk Wira (Dr.) P. Ramlee atau nama penuhnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. ‘P’ itu merujuk kepada Puteh, nama ayahandanya. Ramlee itu kerana diceritakan, nama Zakaria semacam ‘tidak serasi dengannya, lantas Teuku itu dihilangkan pada namanya dan […]
Budaya ‘Biasa-Biasa’ dan ‘Asal Cukup Syarat’

Penulis: Tengku Ameer Faiqal Sekolah tak meraikan murid cemerlang sebab nak jaga hati orang yang tak capai keputusan yang baik? Budak genius tapi tak diraikan sebab tak ikut sistem arus perdana? Jawab soalan matematik guna cara sendiri, tapi dipangkah sebab tak ikut ‘bentuk lazim’? Budaya kerja yang menghukum orang rajin dengan timbunan kerja? Yang kritikal […]
Khutbah Hari Raya Alternatif: Merenung Falsafah Aidilfitri

Disediakan oleh: Tengku Ameer Faiqal Allahu Akbar,Allahu Akbar, Allahu AkbarWa-Lillahi Al-Hamd Muslimin dan Muslimat yang dirahmati oleh Allah SWT. Kini kita berada di persempadanan antara alam, sebuah ‘barzakh’ yang memisahkan kita antara madrasah Ramadan yang telah berlalu beberapa detik lalu dengan tamatnya pelaksanaan Solat Aidilfitri, menuju ambang bulan Syawal baharu. Ramadan hakikatnya bukanlah suatu tujuan […]
Turkiye Menuju Kuasa Besar Global: Gagasan Realistik atau Fantasi Erdogan?

Penulis: Huzayl Mohd Bila kita bercakap tentang Turkiye, pasti rata-rata rakyat di Malaysia akan ada persepsi yang bermacam-macam baik negatif, positif atau sekadar neutral; bila sebut Turkiye, akan terbayang wajah jejaka tampan, wanita yang menawan atau negara yang terkenal dengan belon panas, tempat yang indah dan cantik serta baklava dan teh yang lazat. Tidak kurang […]
Bagaimana Pengharaman Buku Memangkin Wacana Ilmu?

Penulis: Tengku Ameer Faiqal Mukadimah Baru-baru ini Majlis Fatwa Kebangsaan (atau nama penuhnya Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia) telah mengeluarkan satu fatwa yang mengharamkan 12 judul buku terkini. Dalam senarai tersebut, terdapat beberapa buku yang menjadi buah mulut masyarakat dek kerana ‘kelarisan’ wacana yang wujud berkaitan dengannya sebelum pengharamannya. Larangan tersebut bukanlah […]
KERAJAAN PERPADUAN TIDAK HUKUM PENGHINA ISLAM?

Penulis: Ahmad Amirul Rashid Beberapa hari ini timbul isu yang tidak menyenangkan apabila beberapa penyampai radio swasta membuat kelakuan yang menimbulkan kemarahan penganut Hindu. Sebelum itu juga tular mengenai hukuman yang dikenakan kepada penjual jagung yang melakukan diskriminasi dan bahasa kasar terhadap masyarakat India. Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap kedua-dua insiden ini. Namun terdapat […]
ORANG BUKAN ISLAM PUN PUASA: SIAPA SEBENARNYA YANG KELIRU?

Penulis: Luqman Tarmizi 1. Saya meneliti video asal kenyataan PMX tentang puasa umat Islam dan kaitannya dengan amalan puasa dalam agama-agama lain. Ada pihak mempertikaikan penjelasan beliau terhadap ayat ke-183 daripada Surah al-Baqarah: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan […]
Israk Mikraj: Antara Kemuncak Kerohanian dan Misi Kenabian

Penulis: Marwan Bukhari A. Hamid Setiap tahun akan ada beberapa hari kebesaran Islam untuk diperingati dan diulang renung pengajarannya. Salah satunya ialah peristiwa Israk dan Mikraj. Ulama berbeza pandangan tentang tahun dan bulan sebenar peristiwa agung ini. Namun, mereka bersepakat bahawa peristiwa ini berlaku. Buktinya, ayat-ayat al-Quran terutamanya al-Israk ayat satu dan al-Najm ayat satu […]
Video Montaj, King Sing & Islam Terancam

Penulis: Marwan Bukhari A Hamid Video montaj promosi pelancongan memang selayaknya dikritik. Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dan kementerian terlibat sememangnya perlu menerima kritikan, mengakui kesalahan dan mohon maaf. Kemudian tunjukkan video yang dipinda yang lebih baik. Tapi King Sing memilih jalan mati apabila dia menuduh penegurnya sebagai pelampau. Kalau video dihasilkan tanpa meletak gambar […]
LAPORAN PONDOK SIYASAH 11.0 FASA LANJUTAN

Program Pondok Siyasah 11.0 Fasa Lanjutan telah berlangsung dengan jayanya pada 20 hingga 22 September 2024 yang lalu di Hotel IDEAS Kuala Lumpur. Program ini merupakan inisiatif lanjutan yang bertujuan memperkukuhkan kefahaman para peserta terhadap isu-isu politik semasa, kemahiran kepimpinan, serta pemikiran strategik dalam konteks pembangunan negara khususnya dalam kerangka politik Islam. Program ini dirancang […]