Search
Close this search box.

Mengembalikan Khilafah atau Mematangkan Ummah?

Penulis: Dr Muhammad al-Mukhtar Shinqiti (Diterjemahkan oleh Ustaz Furqan Abdullah)

Zaman Khilafah al-Rashidah telah terpahat dalam kesedaran kolektif umat Islam sebagai suatu gambaran yang cemerlang dan memberi inspirasi, kerana tiga dekad tersebut dalam sejarah Islam merupakan satu-satunya fasa (selepas kepimpinan kenabian) yang menyaksikan prinsip-prinsip politik Islam berkaitan dengan keabsahan kuasa dilaksanakan secara praktikal di atas muka bumi.

Berkemungkinan inspirasi yang diperoleh oleh umat Islam daripada pengalaman Khilafah al-Rashidah itu menyerupai inspirasi yang diperoleh oleh orang Eropah pada zaman kebangkitan (Renaissance) daripada pengalaman demokrasi purba di Rom dan Athens. Para ahli falsafah politik Eropah pada zaman Renaissance melihat kepada pengalaman sejarah tersebut (meskipun dalam skop yang sempit dari segi tempoh dan tempat) sebagai sumber inspirasi yang kuat dan membina sikap yang mendorong mereka mencabar struktur politik kuku besi yang dibina oleh para maharaja (penguasa politik) dan paus (penguasa agama) Eropah pada zaman pertengahan. Menerusi sumber inspirasi inilah Jean-Jacques Rousseau, Montesquieu dan lain-lain menyemai benih idea demokrasi yang mereka dakyahkan pada permulaan zaman moden, lalu dengan idea ini mereka mengubah sejarah Eropah dan mencorakkan kompas dunia.

Fenomena ini menunjukkan betapa pentingnya impian dan inspirasi sejarah bagi sesebuah bangsa. Oleh sebab itu, meskipun Khilafah al-Rashidah telah runtuh sejak Perang Siffin pada tahun 38 Hijrah, impaknya yang menginspirasikan telah menyebabkan umat Islam enggan menerima atau terlibat sepenuhnya dalam bentuk-bentuk pemerintahan politik yang muncul dalam dunia Islam sejak bermulanya pemerintahan Umayyah hingga ke hari ini. Keadaan ini seumpama bangsa Eropah yang tetap enggan menerima pemerintahan para maharaja dan paus sebagai lambang ideal politik yang mereka impikan, tatkala mereka membaca tentang republik-republik purba Yunani dan Rom.

Meskipun fiqh politik Islam (yang ditulis pasca Perang Siffin) dilihat menerima realiti pemerintahan yang ada, namun ia tetap dan terus menolaknya dari sudut teori dan moral. Hal ini tidak lain dan tidak bukan kerana ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐š๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐ข๐ค๐š๐ง ๐Š๐ก๐ข๐ฅ๐š๐Ÿ๐š๐ก ๐š๐ฅ-๐‘๐š๐ฌ๐ก๐ข๐๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐š๐ฆ ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ฌ๐š๐ง๐ฎ๐›๐š๐ซ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ ๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐š๐›๐š๐, ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐ฌ๐ฎ๐š๐ญ๐ฎ ๐›๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฉ๐ž๐ง๐จ๐ฅ๐š๐ค๐š๐ง ๐ฆ๐จ๐ซ๐š๐ฅ ๐๐š๐ง ๐ž๐ฆ๐จ๐ฌ๐ข ๐ญ๐ž๐ซ๐ก๐š๐๐š๐ฉ ๐ค๐ž๐ณ๐š๐ฅ๐ข๐ฆ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š ๐ค๐ž๐๐ข๐ค๐ญ๐š๐ญ๐จ๐ซ๐š๐ง ๐ฉ๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ค.

Mengekalkan impian agar terus menyala dalam jiwa adalah penting untuk keluar daripada lorong-lorong suram masa kini menuju laluan terang benderang masa hadapan. ๐๐š๐ฆ๐ฎ๐ง, ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ก๐š๐๐š๐ฉ ๐ ๐š๐ฆ๐›๐š๐ซ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ก ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ข๐ง๐๐š๐ก ๐ฌ๐ž๐ฆ๐š๐ญ๐š-๐ฆ๐š๐ญ๐š ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐œ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฉ๐ข ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ญ๐ข๐ฌ ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐ค๐ž ๐ก๐š๐๐š๐ฉ๐š๐ง. ๐ˆ๐š ๐ฆ๐ž๐ฌ๐ญ๐ข ๐๐ข๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐จ๐ง๐ ๐ค๐š๐ซ ๐ ๐š๐ฆ๐›๐š๐ซ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ก ๐ข๐ญ๐ฎ, ๐ฆ๐ž๐ฆ๐š๐ก๐š๐ฆ๐ข ๐๐ข๐ง๐š๐ฆ๐ข๐ค๐š๐ง๐ฒ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ค๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ค๐ฌ, ๐›๐š๐ญ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฆ๐ฎ๐ง๐ ๐ค๐ข๐ง๐š๐ง๐ง๐ฒ๐š ๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š ๐š๐ฌ๐ฉ๐ž๐ค ๐ค๐ž๐ค๐ฎ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฅ๐ž๐ฆ๐š๐ก๐š๐ง๐ง๐ฒ๐š. Inilah kesedaran sejarah yang diperlukan hari ini dalam memahami era Khilafah al-Rashidah.

Pendekatan penceritaan kelebihan dan keistimewaan (manaqib) yang mendominasi penulisan sejarah kita mungkin berkesan untuk membangkitkan semangat yang lesu, akan tetapi ia mengandungi kelemahan metodologi yang serius. Antara yang paling ketara adalah ia memisahkan kehidupan para sahabat daripada sifat-sifat manusiawi, yakni hakikat pertembungan antara idealisme dan realiti (realpolitik), penderitaan jiwa dan keluhan sosial dengan mengangkatnya sebagai prinsip.

Apabila analisis sejarah kehilangan makna-makna ini, naratif sejarah berubah daripada sejarah hidup yang berdenyut kepada sejarah beku yang disucikan. Ia membangkitkan semangat, akan tetapi tidak memberikan pengalaman, menggerakkan tekad, akan tetapi tidak mendatangkan pengajaran. Begitu juga menonjolkan kelemahan generasi kemudian, akan tetapi menyebabkan mereka berputus asa daripada meneladani generasi terdahulu.

Justeru, kami ingin menekankan satu perkara yang jarang diberi perhatian oleh para pengkaji fiqh politik dan sejarah politik Islam, iaitu fakta bahawa ๐Š๐ก๐ข๐ฅ๐š๐Ÿ๐š๐ก ๐š๐ฅ-๐‘๐š๐ฌ๐ก๐ข๐๐š๐ก ๐ฅ๐š๐ก๐ข๐ซ ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ž๐›๐ฎ๐š๐ก ๐ฆ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง๐  (๐š๐ฅ-๐Œ๐ฎ๐ฃ๐ญ๐š๐ฆ๐šโ€™ ๐š๐ฅ-๐‘๐š๐ฌ๐ก๐ข๐). ๐€๐ฉ๐š๐›๐ข๐ฅ๐š ๐ฆ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐ก๐ข๐ฅ๐š๐ง๐  ๐ค๐ž๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง๐ ๐š๐ง๐ง๐ฒ๐š, ๐Š๐ก๐ข๐ฅ๐š๐Ÿ๐š๐ก ๐š๐ฅ-๐‘๐š๐ฌ๐ก๐ข๐๐š๐ก ๐ค๐ž๐ก๐ข๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐›๐š๐ก๐š๐ง ๐›๐š๐ค๐š๐ซ ๐ค๐ž๐ฐ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐๐š๐ง๐ง๐ฒ๐š, ๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ ๐ซ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ก๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐ข๐š๐ง๐ -๐ญ๐ข๐š๐ง๐ ๐ง๐ฒ๐š.

Para pengkaji Muslim berkenaan Khilafah al-Rashidah lazimnya menafsirkan segala pencapaian gemilang yang berlaku di bawah naungan khalifah sebagai natijah kekuatan takwa (ketakwaan individu khalifah yang memerintah menurut manhaj kenabian). Tidak menjadi keraguan bahawa unsur takwa berperanan dan berkesan terhadap praktis sejarah Islam yang unik ini. Namun, penumpuan yang berlebihan terhadap aspek ini telah menyebabkan aspek lain yang tidak kurang pentingnya (bahkan mungkin lebih penting dari sudut politik) terlepas daripada perhatian, iaitu kekuatan masyarakat yang diasaskan atas prinsip sunnah al-mudafaโ€˜ah (saling mendorong dan menyeimbangi kuasa). Walhasil, ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ ๐›๐ž๐ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ญ๐ž๐ซ๐ฉ๐ž๐ฌ๐จ๐ง๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐›๐š๐๐ข ๐ค๐ก๐š๐ฅ๐ข๐Ÿ๐š๐ก ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐š๐๐ข๐ฅ, ๐ฌ๐ž๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐ญ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐ฉ๐š ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฎ๐ง๐ฌ๐ฎ๐ซ ๐ค๐ž๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ก๐ข๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ค๐ก๐š๐ฅ๐ข๐Ÿ๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐›๐ฎ๐ญ.

Al-Quran dengan jelas menyatakan bahawa prinsip mudafaโ€˜ah inilah yang menjadi pelindung daripada kerosakan: โ€œDan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini.โ€ (Al-Baqarah: 251)
Untuk menjayakan sunnah mudafaโ€˜ah, perlu adanya keterbukaan terhadap kepelbagaian politik, pemikiran dan sosial, serta kesediaan untuk membahagi-bahagikan kuasa dan hasil mahsul kepada pelbagai entiti yang saling melakukan semak imbang antara satu sama lain secara aman. Seperti yang dikatakan oleh ahli falsafah Inggeris Lord Acton: โ€œKuasa cenderung merosakkan, dan kuasa mutlak merosakkan secara mutlak (power corrupts, and absolute power corrupts absolutely).โ€

Oleh itu, kewaspadaan masyarakat serta keupayaannya untuk menjaga keseimbangan politik, menegur kezaliman dan mengawal golongan yang menyimpang daripada kesepakatan politik adalah syarat asas bagi mana-mana binaan politik yang sihat. Bagi merealisasikan prinsip mudafaโ€˜ah, para ahli falsafah politik moden telah menyimpulkan bahawa perlu adanya pemisahan antara tiga cabang kuasa (legislatif, eksekutif dan kehakiman), kebebasan media dan pemikiran serta hak untuk menjalani kehidupan berpersatuan.

Sejarah Khilafah al-Rashidah memberikan kita pengajaran besar tentang kejayaan masyarakat ketika itu dalam melaksanakan prinsip mudafaโ€˜ah secara aman dalam konteks sosial yang melahirkan khilafah tersebut. Antara contoh paling jelas ialah cara masyarakat dalam kalangan para sahabat di Madinah menangani penolakan dua tokoh besar sahabat terhadap baiโ€˜ah (ikrar setia) kepada khalifah pertama, Abu Bakar al-Siddiq, iaitu Ali bin Abi Talib dan Saโ€˜d bin โ€˜Ubadah.

Imam al-Bukhari, Muslim dan Ibn Hibban meriwayatkan sebuah hadis panjang yang menceritakan bahawa Ali r.a telah menangguhkan baiโ€˜ah ke atas Abu Bakar selama enam bulan, sebelum akhirnya menyertai kesepakatan politik (ijmak) umat ketika itu. Hadis ini menunjukkan bahawa Ali (walaupun dengan kedudukannya yang amat mulia di hati umat Islam) telah mengalami suatu bentuk pengasingan sosial yang ketara dalam masyarakat Madinah, terutamanya selepas kewafatan Fatimah r.a, disebabkan pendiriannya yang tidak segera berbaiโ€˜ah dengan Abu Bakar al-Siddiq. Semasa hayat Fatimah, tekanan sosial ke atas Ali lebih ringan. Namun apabila Ali kembali kepada pilihan Jemaah (umat Islam) dan menyertai kesepakatan umat, masyarakat juga kembali menerimanya dengan hati terbuka.

Dalam hadis disebutkan: โ€œSemasa hayat Fatimah, Ali masih dihormati masyarakat. Namun setelah Fatimah meninggal dunia, masyarakat mula mengecamnya secara terbuka kerana tidak berbaiโ€˜ah. Maka beliau pun berusaha berdamai dan berbaiโ€˜ah dengan Abu Bakar, meskipun telah berlalu beberapa bulan, beliau belum berbaiโ€˜ah. Dan setelah beliau kembali kepada perkara yang telah disepakati, masyarakat pun kembali mendekatinya.” (Riwayat al-Bukhari 4/1549, Muslim 3/1380, dan Ibn Hibban 11/153). Ibn Hajar turut memberi isyarat kepada pengaruh kuat masyarakat dalam mendorong Ali untuk berbaiโ€˜ah dengan Abu Bakar r.a. Dalam syarah hadis tersebut, beliau menulis:

โ€œPerkataan: โ€œAli masih memiliki kedudukan di sisi orang ramai semasa hayat Fatimah,โ€ bererti orang ramai tetap menghormatinya kerana memuliakan Fatimah. Namun setelah Fatimah wafat dan Ali tetap tidak pergi menghadap Abu Bakar, orang ramai mula mengurangkan penghormatan itu, kerana mereka mahukan beliau turut serta dalam perkara yang telah disepakati oleh seluruh umat.โ€ (Fath al-Bari 7/494)

Ali r.a telah mengubah pendiriannya terhadap baiโ€˜ah kepada Abu Bakar al-Siddiq kerana dua sebab: Pertama, kerana ketakwaan dan kejujuran dalam hatinya yang mendorongnya untuk kembali kepada kebenaran; Kedua, kerana apa yang beliau hadapi berupa penolakan daripada masyarakat Muslim, iaitu sebuah masyarakat yang hidup dan aktif dalam menggunakan haknya untuk menarik kembali sesiapa yang menyimpang daripada permuafakatan agar kembali menyertai saf umat.

Oleh yang demikian, dapat ditegaskan bahawa kuasa masyarakat (Sultan al-Jamaโ€˜ah) tidak kurang pentingnya ketimbang kuasa takwa dan keperibadian Khilafah al-Rashidah. Namun, kuasa dalam kategori ini telah diabaikan oleh umat Islam setelah itu, lalu mereka sendiri menjadi tersesat.

Adapun Saโ€˜d bin โ€˜Ubadah r.a, beliau hampir-hampir mendapat mandat daripada golongan Ansar sebagai khalifah kaum Muslimin. Namun, orang ramai akhirnya cenderung kepada Abu Bakar al-Siddiq dan meninggalkan baiโ€˜ah kepada Saโ€˜d. Perubahan tersebut membuatkan beliau terasa hati dan kecewa. Ibn Taimiyyah menjelaskan sikap Saโ€˜d dengan berkata bahawa golongan Ansar โ€œtelah mencalonkannya untuk menjadi pemimpin, maka tersemat dalam benak hatinya perasaan seperti yang lazim terdapat dalam jiwa manusia.โ€ (Minhaj al-Sunnah 1/536).

Manakala al-Zahabi pula menjelaskannya dengan menyebut bahawa Saโ€˜d โ€œadalah seorang tokoh mulia lagi dihormati, yang ditaati oleh kaumnya. Setelah Rasulullah SAW wafat, golongan Ansar berkumpul di sekelilingnya untuk membaiโ€˜ahnya sehinggalah datang rombongan lain bersama Abu Bakar, lalu mereka mengubah pendirian. Maka Saโ€˜d tidak berasa senang dengan hal itu.โ€ (Siyar Aโ€˜lam al-Nubalaโ€™ 1/276).

Saโ€˜d telah kembali ke rahmatullah dalam keadaan beliau tetap menolak untuk berbaiโ€˜ah kepada Abu Bakar mahupun Umar selepasnya. Namun, disebabkan tekanan akibat pengasingan sosial dan pengaruh kuat masyarakat, beliau terpaksa meninggalkan Madinah dan menghabiskan sisa hidupnya di Syam dalam keadaan terasing, tanpa sebarang penglibatan dalam urusan politik. Logiknya, mana mungkin Saโ€˜d berhijrah keluar dari Madinah (sedangkan beliau adalah pemimpin suku Khazraj, suku yang dominan di Madinah dan terkenal dengan kepahlawanan mereka dalam peperangan) melainkan kerana masyarakat ketika itu menolak pendirian politiknya.

Demikianlah kita melihat kesan pengaruh masyarakat dalam era Khilafah al-Rashidah, dan menyedari bahawa ia adalah hasil daripada sebuah masyarakat yang matang, yang menjalankan kuasanya terhadap para pemerintah dan rakyatnya, meskipun mereka adalah tokoh besar dan tinggi kedudukannya seperti Ali bin Abi Talib dan Saโ€˜d bin โ€˜Ubadah r.a.

Perkara yang patut diberi perhatian di sini adalah, Ali dan Saโ€˜d tidak menterjemahkan pendirian politik mereka kepada keganasan atau kekacauan (sedangkan keganasan dan kekacauan amat mudah berlaku dalam masyarakat yang berasaskan kabilah). Sebaliknya, mereka menyatakan pendirian mereka melalui penolakan secara aman atau pengasingan yang tenang, yang merupakan hak mereka yang sah.

Begitu juga, khalifah Abu Bakar tidak memaksa kedua-duanya untuk memberikan baiโ€˜ah. Beliau membiarkan perkara itu diserahkan kepada kuasa masyarakat. Maka dengan itu, hak individu dan kuasa masyarakat dihormati serentak, malahan kedua-duanya berinteraksi tanpa wujud unsur kekerasan sama ada dari pihak individu mahupun paksaan dari pihak pemerintah. Inilah ciri masyarakat yang benar-benar matang. Ini kerana ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐ฉ๐ฎ๐ง๐œ๐š ๐ค๐ž๐ซ๐จ๐ฌ๐š๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐ฉ๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ค ๐š๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ค๐ž๐ณ๐š๐ฅ๐ข๐ฆ๐š๐ง ๐ฉ๐ข๐ก๐š๐ค ๐ฉ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ญ๐š๐ก ๐š๐ญ๐š๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ง ๐ค๐ž๐ค๐š๐œ๐š๐ฎ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ข๐ฅ๐š๐ค๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ซ๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ, ๐๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ง๐ฒ๐š, ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐ฉ๐š๐๐š ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ข๐ง๐ข ๐ฌ๐ž๐๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐  ๐ค๐ž๐๐ฎ๐š-๐๐ฎ๐š๐ง๐ฒ๐š.

Impian Khilafah al-Rashidah masih menghantui fikiran umat Islam sejak 14 abad yang lalu, dan ia akan terus menjadi sumber ilham sehinggalah benar-benar dapat membebaskan umat daripada cengkaman kezaliman dan kebobrokan, serta menegakkan masyarakat demokratik yang menghormati kemuliaan dan kebebasan individu, serta membina sistemnya atas prinsip mudafaโ€˜ah (pengimbangan kuasa) secara aman.

Namun demikian, ๐ค๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐š๐ง ๐ฉ๐š๐ฅ๐ข๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ง๐๐ž๐ฌ๐š๐ค ๐ฉ๐š๐๐š ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ข๐ง๐ข ๐š๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฉ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐๐š๐ง ๐œ๐ž๐ฅ๐ข๐ค, ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฉ ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ฅ๐š๐ฌ ๐ญ๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ฆ๐ž๐ง๐ž๐ง๐ญ๐š๐ง๐  ๐ค๐ž๐ณ๐š๐ฅ๐ข๐ฆ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ง๐œ๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฆ, ๐๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ง ๐ค๐ž๐ค๐š๐œ๐š๐ฎ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง๐œ๐š๐ฆ ๐ค๐ž๐ฌ๐ญ๐š๐›๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ซ๐ž๐ค๐š. ๐ˆ๐ง๐ข ๐ค๐ž๐ซ๐š๐ง๐š, ๐ฆ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐š๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐š๐ฌ๐š๐ฌ ๐›๐š๐ ๐ข ๐Š๐ก๐ข๐ฅ๐š๐Ÿ๐š๐ก ๐š๐ฅ-๐‘๐š๐ฌ๐ก๐ข๐๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐ข๐š ๐ฆ๐ž๐ฌ๐ญ๐ข ๐ฐ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐ ๐ญ๐ž๐ซ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐๐š๐ก๐ฎ๐ฅ๐ฎ ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐ค๐ก๐ข๐ฅ๐š๐Ÿ๐š๐ก ๐ข๐ญ๐ฎ ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐๐ข๐ญ๐ž๐ ๐š๐ค๐ค๐š๐ง.

Bagi membina masyarakat yang matang dalam konteks semasa, kita perlu mendirikan institusi-institusi pemikiran, politik, hak asasi dan kesatuan sekerja yang dapat memperkukuhkan masyarakat dalam menghadapi kuasa pemerintah, dan menjadikan neraca kuasa lebih memihak kepada rakyat sehingga tahap mereka mampu mengawal para pemimpin mereka, dan menolak sesiapa yang menentang kesepakatan masyarakat.

Maka persoalannya: ๐š๐๐š๐ค๐š๐ก ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐›๐ž๐ง๐š๐ซ-๐›๐ž๐ง๐š๐ซ ๐›๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š ๐ฆ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐›๐ž๐ซ๐ฆ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข ๐ญ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ง๐  ๐Š๐ก๐ข๐ฅ๐š๐Ÿ๐š๐ก ๐š๐ฅ-๐‘๐š๐ฌ๐ก๐ข๐๐š๐ก, ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐›๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐ง๐š๐ข๐ค ๐ญ๐š๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ ๐ ๐š, ๐ญ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ง ๐ญ๐š๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ฉ๐ข๐ง๐ญ๐ฎ, ๐ฌ๐š๐ฆ๐›๐ข๐ฅ ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐ฒ๐š๐ก ๐ฆ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข-๐ฆ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข ๐ข๐ง๐๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐ก๐š๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ค๐จ๐ฌ๐จ๐ง๐ ?

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

ARTIKEL MENARIK

Ikuti Kami

Sertai Kami

Wawancara Menarik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *