5 Tugas Intelektual Untuk PRU-15

Penulis: Imran Rasid Bukan sinarnya nilai permataSifat asalnya yang tahan gugurBetapa besar rintangan citaTiada sesalnya juang yang jujur.– Syed Hussein Alatas – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tiba sewaktu Malaysia berdepan dengan satu persimpangan yang aneh. Landskap politik dan ekonomi hari ini penuh dengan kebuntuan dan ketidaktentuan. Garis pemisah antara lawan dan kawan dalam kalangan […]

Pilihan Raya Pada Musim Bah yang Musibah 

Penulis: Dr Sahul HM Desas-desus parlimen dibubarkan semakin kencang, sekencang ribut yang melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur beberapa minggu yang lalu. Cuma yang membezakan antara dua ‘kencang’ ini, yang satu implikasi kepada kuasa, yang kedua implikasi kepada nyawa. Setelah berbulan-bulan kita disajikan dengan cerita desakan untuk membubarkan Parlimen, akhirnya pada malam 30 September yang […]

Mat Kilau: Antara Euforia Filem dan Ketepatan Sejarah (Bahagian II)

Penulis: Dr Sahul HM Rencana ini bersambung daripada bahagian pertama, berkebetulan selepas filem tersebut disiarkan di Netflix yang kemudian mengundang polemik baharu dalam kalangan penontonnya.  Bahagian kedua yang dibincangkan di sini adalah tentang pensejarahannya. Benarkah segala sejarah yang ditayangkan dalam filem tersebut? Apakah pemaparan beberapa watak yang digambarkan itu merupakan kebenaran sejarah? Apakah motif dan latar […]

Kapal tak Siap dan Kerangka Politik Elit Melayu

Penulis: Izmil Amri Kalau kita jenis yang melazimi drama Melayu berlatarkan pertelingkahan antara dua darjat, misalnya dua insan bertembung, jatuh cinta tetapi ditakdirkan tidak dapat bersama kerana salah satunya datang daripada keluarga kaya-raya; kita akan menemukan babak-babak cliche yang memaparkan orang kaya ini semua sedang mengambil angin petang sambil minum jus oren atau berdiri di […]

Mencari Dimensi Tanggungjawab Sosial dalam Pendidikan Islam

Penulis: Imran Rasid[1] “Adakah engkau lihat orang yang mendustakan ad-din?(1) Itulah orang yang mengherdik / menindas anak yatim (2); Dan tidak menggalakkan memberi makan kepada orang miskin (3); Kecelakaan bagi orang-orang yang melakukan solat (4). Yang lalai dari solat mereka (5); Juga orang-orang yang riya’ (6). Dan orang-orang yang enggan memberi pertolongan (7)”[2] Kyai Ahmad Dahlan, […]

Populisme dan Korupsi: Pengalaman Melayu, Yahudi dan Amerika

Penulis: Amirul Mukminin Orang awam selalu keliru maksud populisme, kadang-kadang mereka ingat ia bermaksud pendekatan popular atau budaya pop. Kekeliruan ini juga turut berjangkit pada kelompok aktivis yang tidak membaca. Populisme dalam sains politik ialah perkara berbeza. Ia merujuk pada gerakan politik. Gerakan ini membahagikan masyarakat kepada “rakyat sejati” dan “elit jahat”. Ini bermakna gerakan […]

Pemberi atau Penerima Rasuah: Siapa Sebenarnya yang Bersalah?

Penulis: Dr Sahul HM Baru-baru ini kita dikejutkan oleh pendedahan satu kajian berkaitan rasuah. Dalam artikel jurnal tersebut dinyatakan bahawa 88% pemberi rasuah terdiri daripada orang bukan Melayu. Lalu gegak-gempitalah sebilangan manusia yang kononnya bergelar pejuang, melancarkan serangan terhadap orang bukan Melayu (dan bukan Islam tentunya) atas kesalahan yang menyebabkan Malaysia dipandang sebagai negara korup. […]

Malaysia, Negara Unik Bitara

Penulis: Dr Sahul HM Tahun ini genap 65 tahun usia negara merdeka ini. Ia merdeka sebagai Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Kemudiannya, pada tanggal 16 September 1963, Persekutuan Tanah Melayu berkembang menjadi Malaysia dengan gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah, setelah Brunei menarik diri untuk pada saat akhir untuk turut serta […]

Bagaimana Sepatutnya Sikap Seorang Muslim Dalam Isu Najib Razak

Penulis: Luqman Tarmizi Rentetan penghakiman oleh Mahkamah Persekutuan ke atas mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak (NR) baru-baru ini, masyarakat mula mengeluarkan pelbagai reaksi dan pendapat. Walau apapun, hakikat yang tidak boleh dinafikan adalah beliau telah melalui proses mahkamah yang cukup panjang dan melelahkan (buat beliau sendiri dan kita yang menyaksikan), serta dijatuhkan hukuman […]

Mat Kilau: Antara Estetika Filem dan Ketepatan Sejarah (Bahagian I)

Penulis: Dr Sahul HM Saya mengambil masa yang lama sebelum mengulas filem Mat Kilau. Pertama, kerana saya lambat menontonnya; kedua, untuk membaca dan memahami pelbagai sudut pandang yang berlainan di luar sana; dan ketiga, kerana saya sendiri berada dalam keadaan yang kurang sihat. Filem pecah panggung ini sangat kontroversial. Ia menimbulkan perdebatan dan perbahasan yang […]