LAPORAN PONDOK SIYASAH 11.0 FASA LANJUTAN

Program Pondok Siyasah 11.0 Fasa Lanjutan telah berlangsung dengan jayanya pada 20 hingga 22 September 2024 yang lalu di Hotel IDEAS Kuala Lumpur. Program ini merupakan inisiatif lanjutan yang bertujuan memperkukuhkan kefahaman para peserta terhadap isu-isu politik semasa, kemahiran kepimpinan, serta pemikiran strategik dalam konteks pembangunan negara khususnya dalam kerangka politik Islam. Program ini dirancang […]

LAPORAN PONDOK SIYASAH FASA PERTENGAHAN 9.0

Pondok Siyasah 9.0 Fasa Pertengahan telah diadakan di Hotel Swiss Garden Bukit Bintang pada 28 hingga 30 Jun 2024 yang lepas. Program ini menyaksikan kehadiran lebih 20 orang peserta dengan bantuan lima orang fasilitator yang melicinkan lagi perjalanan program. Program ini diadakan bagi meneruskan agenda membentuk pelapis pemikir, pemimpin, dan pendakwah yang memiliki pengetahuan mantap […]

LAPORAN PONDOK SIYASAH 7.0 FASA LANJUTAN

Pondok Siyasah Fasa Lanjutan telah diadakan di Swiss Garden Hotel, Bukit Bintang pada 17 hingga 19 Mei 2024 yang telah melibatkan seramai lebih 20 orang mahasiswa dan dibantu oleh lima orang fasilitator. Pondok Siyasah Fasa Lanjutan ini bertujuan membentuk pasukan mahasiswa dan pendakwah muda dengan pengetahuan mantap mengenai politik Islam, melatih peserta menjadi pemimpin yang […]

Bengkel Intensif Politik Islam

Program Bengkel Intensif Politik Islam iaitu Pondok Siyasah telah diadakan pada 8-10 Disember yang lalu. Program tiga hari dua malam ini menggunakan modul pertengahan (intermediate). Lebih separuh peserta telah melalui program fasa permulaan (beginner). Empat pembentang telah terlibat iaitu Prof Dr Zulkifli Hasan, Dr Hafidzi Mohd Noor, saudara Fathi Aris Omar dan saudara Marwan Bukhari. […]

Pondok Siyasah 3.0

Alhamdulillah, Pondok Siyasah 3,0 yang dilaksanakan dengan kerjasama antara Asatizah Selangor dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah berlangsung dengan jayanya pada 17-19 November 2023 lalu. Asas-asas politik Islam dalam konteks Malaysia menjadi topik utama bengkel dalam program ini. Program yang bertempat di Institut Latihan Dakwah YADIM (Hulu Langat) ini melibatkan kira-kira 40 peserta daripada […]