Hak Borneo Demi Perpaduan

Penulis: Amirul Mukminin Apabila kerajaan Malaysia yang diterajui oleh PM-X mengumumkan bahawa kuasa selia gas di Sabah diserahkan kepada kerajaan negeri Bawah Bayu ini, ia membuktikan komitmen kita untuk membina sebuah negara bangsa yang kukuh. Dalam sebuah negara bangsa, kita ada harus toleransi dan kefahaman, serta persetujuan atas perpaduan dan hak masing-masing. Jika tidak sebuah negara […]
Waspadai Propaganda Perkauman Bernuansa Islami

Penulis: Dr Sahul HM Di Algeria, antara tahun 1991-1992, parti Islamic Salvation Front (FIS) berjaya memenangi pilihanraya di Algeria sebelum pihak tentera campur tangan bagi membatalkan kemenangan tersebut, seterusnya mengharamkan FIS pada Mac 1992. FIS dituduh sebagai parti pengganas dan mengancam ketenteraman awam, meskipun mereka dipilih secara majoriti oleh orang awam Algeria. Pada tahun 1995 […]
Mencerakin Realpolitik Macbeth

Penulis: Izmil Amri William Shakespeare menerbitkan Macbeth pada tahun 1623, sebuah karya bertemakan cita-cita politik. Ia mengisahkan seorang panglima perang Scotland yang diberitahu ahli sihir tiga beradik bahawa beliau (si Macbeth ini) akan suatu hari nanti menjadi Raja Scotland. Macbeth kemudiannya (atas anjuran sang isteri) membunuh Raja Duncan, dan menduduki takhta kerajaan. Hidupnya kemudian tidak […]
Cadangan Buat Kerajaan Baru Pasca PRU-15

Penulis: Dr Sahul HM 1. Ini ialah kerajaan perpaduan nasional. Bukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) per se. Ia mengumpulkan pelbagai latar ideologi dan pendekatan yang berbeza, malah kadangkala kontradik berdasarkan pengalaman masing-masing dalam politik. Pendekatan antara ahli politik daripada PH adalah berbeza berbanding rakan gabungan dalam Barisan Nasional (BN) yang kebanyakannya terdiri daripada para warlords yang sudah […]
Waspadai Politik Perkauman Pasca PRU-15

Penulis: Imran Rasid Dunia bersorak apabila seorang lelaki berkulit hitam, berbapakan lelaki Muslim dari Kenya, memenangi Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2008. Barack Hussein Obama disebut-sebut sebagai figura yang membuka lembaran baru; yakni permulaan sebuah era “Pasca-Perkauman” buat US dan seluruh dunia. Ironisnya, selepas dua penggal Obama memerintah, masyarakat dunia tercengang melihat Donald Trump, seorang […]
Fatwa Hakiki vs Fatwa Siyasi

Penulis: Furqan Abdullah Fatwa merupakan panduan dalam hukum-hakam. Mereka yang mengeluarkan fatwa digelar sebagai mufti. Di Malaysia, fatwa yang diguna pakai secara rasmi dan meluas adalah peranan eksklusif institusi atau jabatan mufti. Adapun, fatwa yang diungkap oleh selain mufti dianggap pandangan peribadi ataupun pendirian individu semata-mata. Fatwa kebiasaannya akan membicarakan soal hukum taklifi yang lima […]
Politikus: Satu Sorotan Kritis

Penulis: Izmil Amri Akhir-akhir ini, ada gangguan makhluk halus di rumah saya. Kelibatnya kadang-kadang kelihatan di subuh hari, ketika masih gelap dan rumah masih sunyi. Dari mana ia datang, tidaklah kami tahu. Tetapi ada sisa yang ditinggalkan, dan makanan kering di dapur belakang habis terpaksa dibuang. Sebenarnya rumah sudah pun dipagar rapi. Siap dipasang jaring […]
Agama dalam Politik: Sumber Inspirasi atau Alat untuk Dipergunakan?

Penulis: Luqman Tarmizi Dahulunya, memang sebahagian umat Islam di Malaysia salah dalam memahami agama. Bagi golongan ini, Islam langsung tidak mempunyai elemen politik. Islam hanya solat, puasa, zakat dan haji. Alhamdulillah, salah faham ini beransur-ansur dihakis dan umat Islam umumnya menerima agama ini sebagai satu cara hidup yang syumul. Dari membersihkan najis hinggalah kepada memerintah […]
Dah Masuk 15 Kali, Kenapa Kita Tetap Kena Mengundi?

Penulis: Izmil Amri Sudah masuk 15 kali, dalam tempoh lebih 60 tahun; rakyat Malaysia telah meraikan pesta demokrasi memilih parti politik mana yang mereka suka untuk membentuk kerajaan bagi mentadbir negara. Sepanjang tempoh terbabit, hampir sahaja pasti bahawa pilihan yang ada bagi rakyat Malaysia ialah antara dua: kerajaan atau pembangkang. Kalau sokong kerajaan, pilih Barisan Nasional. […]
Demokrasi Bukan Sekadar Pilihan Raya

Penulis: Imran Rasid Sewaktu berucap dalam majlis sambutan hari jadi beliau yang ke-80, John Dewey mengingatkan hadirin tentang sisi penting demokrasi yang sering dilupakan. “Kita sering memikirkan demokrasi sebagai satu mekanisme politik yang berfungsi selagi rakyat menjalankan tanggungjawab politik mereka dengan baik.” Namun, menurut beliau lagi, ianya tidak memadai kerana masyarakat harus “sedar dalam fikiran […]