Fenomena Pecah Undi dan Pengajaran Buat Demokrasi Malaysia?

Penulis: Tengku Ameer Faiqal Bin Tengku Ferozdin Apabila Rafizi Ramli dan Nik Nazmi mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membentuk (baca:mengambil alih dan menjenamakan semula) Parti Bersama Malaysia, ia tampak seperti satu lagi episod drama cerai politik kepartian Malaysia. Akan tetapi, jika dilihat secara lebih mendalam, ia sebenarnya mencerminkan suatu perubahan struktur kuasa […]
Krisis Tenaga Global: Antara Retorik Politik dan Kejujuran Minda Analitik

Penulis: Anas Latif Saya melihat bahawa ZRA jauh lebih amanah dan bertanggungjawab dalam membahaskan isu krisis tenaga global berbanding sebahagian ‘think tank’ Pemuda PAS. Walaupun saya secara peribadi tidak bersetuju dengan beberapa pendirian beliau, khususnya berkaitan kepimpinan negara-negara Teluk, namun dalam isu kemelut tenaga dunia yang tercetus akibat konflik di Asia Barat, beliau dilihat lebih […]
Solidariti Buat Rakyat Iran, Hati-Hati dengan Campur Tangan Imperialis

Penulis: Imran Rasid Iran adalah negara yang mempunyai “soft spot” dalam jiwa saya, dan hari ini ianya sekali bergolak dengan pelbagai krisis ekonomi dan politik. Sewaktu tulisan ini dikarang, protes besar-besaran di Iran sudah mula memasuki minggu ketiga. Internet disekat, sistem komunikasi menjadi terhad, dan dilaporkan jumlah korban dalam kalangan demonstran dan kerajaan turut meningkat. […]
Penyangak Antarabangsa AS Menggila Di Venezuela

Penulis: Imran Rasid Sedikit penjelasan awal: Tulisan ini tidak akan acah-acah menjanjikan satu analisis yang neutral mahupun “objektif”. Sebaliknya, tulisan ini terbit dari akal budi saya, diserta rasa jelek dan menyampah tertinggi terhadap kebobrokan dan kezaliman rejim imperialis Amerika Syarikat (AS). Hakikatnya, tiadalah yang mampu menafikan bahawa rejim AS ini adalah satu-satunya rejim di dunia […]
Perihal Bersahabat Dengan Syaitan Bernama Donald Trump

Penulis: Luqman Tarmizi Mukadimah Kedatangan Donald Trump ke Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN kali ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat. Ada yang melihatnya sebagai penghormatan dan pengiktirafan kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, manakala yang lain pula menilai ia sebagai bentuk ketundukan terhadap seorang figura yang sinonim dengan dasar zalim terhadap dunia Islam. […]
Budaya ‘Biasa-Biasa’ dan ‘Asal Cukup Syarat’

Penulis: Tengku Ameer Faiqal Sekolah tak meraikan murid cemerlang sebab nak jaga hati orang yang tak capai keputusan yang baik? Budak genius tapi tak diraikan sebab tak ikut sistem arus perdana? Jawab soalan matematik guna cara sendiri, tapi dipangkah sebab tak ikut ‘bentuk lazim’? Budaya kerja yang menghukum orang rajin dengan timbunan kerja? Yang kritikal […]
Bagaimana Pengharaman Buku Memangkin Wacana Ilmu?

Penulis: Tengku Ameer Faiqal Mukadimah Baru-baru ini Majlis Fatwa Kebangsaan (atau nama penuhnya Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia) telah mengeluarkan satu fatwa yang mengharamkan 12 judul buku terkini. Dalam senarai tersebut, terdapat beberapa buku yang menjadi buah mulut masyarakat dek kerana ‘kelarisan’ wacana yang wujud berkaitan dengannya sebelum pengharamannya. Larangan tersebut bukanlah […]
KERAJAAN PERPADUAN TIDAK HUKUM PENGHINA ISLAM?

Penulis: Ahmad Amirul Rashid Beberapa hari ini timbul isu yang tidak menyenangkan apabila beberapa penyampai radio swasta membuat kelakuan yang menimbulkan kemarahan penganut Hindu. Sebelum itu juga tular mengenai hukuman yang dikenakan kepada penjual jagung yang melakukan diskriminasi dan bahasa kasar terhadap masyarakat India. Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap kedua-dua insiden ini. Namun terdapat […]
ORANG BUKAN ISLAM PUN PUASA: SIAPA SEBENARNYA YANG KELIRU?

Penulis: Luqman Tarmizi 1. Saya meneliti video asal kenyataan PMX tentang puasa umat Islam dan kaitannya dengan amalan puasa dalam agama-agama lain. Ada pihak mempertikaikan penjelasan beliau terhadap ayat ke-183 daripada Surah al-Baqarah: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan […]
Video Montaj, King Sing & Islam Terancam

Penulis: Marwan Bukhari A Hamid Video montaj promosi pelancongan memang selayaknya dikritik. Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dan kementerian terlibat sememangnya perlu menerima kritikan, mengakui kesalahan dan mohon maaf. Kemudian tunjukkan video yang dipinda yang lebih baik. Tapi King Sing memilih jalan mati apabila dia menuduh penegurnya sebagai pelampau. Kalau video dihasilkan tanpa meletak gambar […]