Manusia berfikir dan membuat keputusan berdasarkan ilmu pengetahuan yang ditakungkan dalam akalnya. Ketika dia menekan butang like, ketika dia memilih untuk kongsikan sesuatu maklumat dengan pengikut dan rakan-rakannya, ketika isu-isu semasa membanjiri paparan media sosial, ketika dia memilih untuk menyertai program vaksinasi atau tidak, ketika dia menurunkan undi di atas kertas undian ketika pilihan raya, semuanya tertakluk kepada ilmu yang dimilikinya.
Hal ini sama seperti makanan yang menentukan baik-buruk tubuh manusia, informasi dan maklumat lebih daripada itu impaknya. Salah menjamah informasi membuatkan seseorang tersesat arah, lebih parah menyesatkan lagi orang lain yang berada dalam lingkungannya.
Anti-vaksin, flat earther, konspirasi illuminati, rasisme, terosisme, antara produk fake news atau berita palsu yang membimbangkan. Mesej-mesej berangkai yang forwarded from many disebarkan atas nama ‘ilmu Allah itu luas’. Fake news mungkin tidak begitu bermasalah jika ia sekadar berita, tetapi hakikatnya fake news telah memporak-peranda masyarakat, memecah-belah keluarga bahkan membunuh nyawa manusia.
Sebagaimana yang dikatakan oleh dua pemikir mdoen iaitu Yuval Naoh Harari dan Francis Fukuyama, hari ini dunia kita bukan hanya dibanjiri maklumat-maklumat palsu yang menyerabutkan, fake news adalah fenomena di mana-mana zaman pun.
Sebagaimana yang dikatakan oleh dua pemikir mdoen iaitu Yuval Naoh Harari dan Francis Fukuyama, hari ini dunia kita bukan hanya dibanjiri maklumat-maklumat palsu yang menyerabutkan, fake news adalah fenomena di mana-mana zaman pun.
Fake News Pada Zaman Nabi SAW
Pada zaman Nabi SAW sendiri telah tersebarnya fake news yang memburuk-burukkan Nabi SAW dan para Sahabat. Musyrikin Makkah menyelar Baginda sebagai seorang yang gila, ahli sihir, dukun, penyair yang menipu daya. Tidak ada seorang pun di dalam Kota Makkah dan tidak ada seorang pun yang masuk ke dalam Kota, kecuali dia akan mengetahui tuduhan-tuduhan palsu tersebut.
Sesudah Hijrah, para Munafiqin pula menjadi perintis berita-berita palsu. Ketika peristiwa fitnah terhadap ‘A’isyah, dakwaan kematian Baginda di Uhud dan banyak lagi. Setelah kewafatan Baginda, muncul pula Nabi-nabi palsu, muncul pula hadis-hadis palsu yang direka-reka bagi memenangkan agenda tertentu.
Ajaran-ajaran palsu dan menyeleweng dalam agama ini juga muncul zaman demi zaman sehingga ke hari ini. Lebih memeranjatkan ia mengumpul ratusan kalaupun bukan ribuan pengikut. Benarlah sabdaan Nabi SAW mengingatkan kita akan fenomena ini:
“‘Kemunculan Dajjal didahului oleh hadirnya tahun-tahun yang menipu. Ketika itu, seorang yang benar dianggap dusta manakala yang berdusta dianggap benar. Orang yang amanah dianggap khianat manakala pengkhianat dipercayai. Ketika itu, golongan ar-ruwaibidah berbicara. Baginda ditanya: ‘Apakah yang dimaksudkan dengan al-Ruwaibidhah itu?’ Jawab baginda: ‘iaitulah golongan bodoh bercakap tentang urusan orang ramai.’” (Hadis Riwayat Ahmad)
Dalam perjalanan Mi’raj Nabi SAW ke langit, terlalu banyak pelajaran yang dapat kita catitkan. Di celahan saratnya pengalaman yang Allah SWT aturkan untuk Baginda dalam peristiwa besar tersebut, ada suatu kisah ngeri berupa ancaman buat mereka yang menyebarkan fake news serta ancaman untuk kita semua agar sentiasa berhati-hati dengan informasi dan maklumat yang diterima.
Ketika diperlihatkan satu demi satu seksaan kepada ahli neraka, Baginda telah melihat seorang yang diseksa dalam keadaan pipinya, hidung dan matanya ditarik dari bahagian depan muka sehingga pipi, hidung dan dua matanya berada di belakang kepala. Satu pandangan yang amat mengerikan. Membayangkan saja sudah mendatangkan gerun, apatah lagi melihatnya di hadapan mata.
Semoga Allah SWT lindungi kita daripada menyaksikannya apatah lagi mengalaminya sendiri. Ketika bertanyakan mengapa orang itu diseksa sedemikian rupa, malaikat telah menjawab:
“Dia adalah seorang yang keluar daripada rumahnya pada waktu pagi, dan menyebarkan banyak penipuan sehingga seluruh pelosok dunia termakan dengan penipuannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Mustahil untuk kita tidak fahami bahawa jawapan malaikat ini sememangnya merujuk kepada gejala penyebaran berita palsu. Barangkali kita tidak akan dapat mengawal pun penularan berita-berita palsu secara menyeluruh.
Tips Menghadapi Fake News
Terlalu banyak loop holes walau bagaimana tegaspun penguatkuasaan terhadap berita palsu. Fake news akan tetap berada di luar sana. Maka yang berbaki adalah tangan kita sendiri, kitalah yang perlu mendidik diri untuk berhadapan dengan berita-berita palsu ini.
1) Kecelikan informasi adalah suatu kewajiban pada masa kini. Belajarlah bagaimana caranya untuk menapis informasi-informasi yang berada di sekitar kita.
2) Tahan lisan dan tangan. Tidak menyebarkan berita yang benar dan bermanfaat adalah jauh lebih baik daripada tersalah menyebarkan berita yang palsu dan memudarat.
3) Tawakkal. Serahlah diri kepada Allah SWT setelah kita berikhtiar.
اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر ومن عذاب جهنم ومن فتنة المحيا والممات ومن شر فتنة المسيح الدجال
“Ya Allah sesungguhnya aku memohon perlindungan-Mu, daripada azab kubur, daripada azab neraka Jahannam, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada fitnah al-masih ad-dajjal.” (Hadis Riwayat Muslim)




