Memilih Pemimpin: Nasihat Yang Dilupakan

Secara umumnya, kriteria seorang pemimpin digarap menerusi firman Allah dalam surah al-Qasas, ayat 26: إِنَّ خَیۡرَ مَنِ ٱسۡتَـٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِیُّ ٱلۡأَمِینُ “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.” Jika kita teliti, kedua-dua kriteria yang digariskan oleh al-Qur’an ini adalah berwajaran dengan beban tugas dan tanggungjawab seorang pemimpin. Oleh sebab itulah […]

Hari Malaysia: Bagaimana Nabi Urus Kemajmukan Madinah

Tarikh 16 September sentiasa mengingatkan kita tentang suatu ikatan yang dipasak atas nama Malaysia, menggabungkan seluruh warga di tanah air tercinta ini. Meskipun kemerdekaan telah dicapai pada tahun 1957, mengisi kemerdekaan lebih sukar. Penubuhan Malaysia pada tahun 1963 adalah simbolik kepada persetujuan untuk hidup bersama, berintegrasi, bertoleransi dan membangunkan negara. Walaubagaimanapun, hari-hari yang dilalui setelah […]

Menghadapi Fake News: Pelajaran Daripada Sirah

Manusia berfikir dan membuat keputusan berdasarkan ilmu pengetahuan yang ditakungkan dalam akalnya. Ketika dia menekan butang like, ketika dia memilih untuk kongsikan sesuatu maklumat dengan pengikut dan rakan-rakannya, ketika isu-isu semasa membanjiri paparan media sosial, ketika dia memilih untuk menyertai program vaksinasi atau tidak, ketika dia menurunkan undi di atas kertas undian ketika pilihan raya, […]