Panduan Mengarang Teks Khutbah Antirasuah

Penulis: Luqman Tarmizi Sebulan dua ini, masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara seakan-akan berpakat dan bersatu hati dalam menyampaikan khutbah Jumaat bertemakan rasuah dan korupsi. Berdasarkan carian pantas di internet, trend ini dimulakan oleh negeri Sabah pada 8 Oktober 2021 sempena ulang tahun penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), disusuli negeri Perak pada 24 Disember […]
Memilih Pemimpin: Nasihat Yang Dilupakan

Secara umumnya, kriteria seorang pemimpin digarap menerusi firman Allah dalam surah al-Qasas, ayat 26: إِنَّ خَیۡرَ مَنِ ٱسۡتَـٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِیُّ ٱلۡأَمِینُ “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.” Jika kita teliti, kedua-dua kriteria yang digariskan oleh al-Qur’an ini adalah berwajaran dengan beban tugas dan tanggungjawab seorang pemimpin. Oleh sebab itulah […]
Pemimpin & Penguasaan Bahasa Ibunda

Penulis: Luqman Tarmizi Dalam menyampaikan maklumat atau mengajarkan ilmu, manusia perlu berkomunikasi melalui perantaraan bahasa. Para ahli falsafah menegaskan bahawa bahasa merupakan satu medium yang penuh dengan kekaburan dan lazimnya perlu kepada kaedah-kaedah pentafsiran yang perlu dipelajari melalui disiplin yang ketat. Kerana itulah dalam tradisi keilmuan Islam, ilmu bahasa Arab merupakan salah satu ilmu alat […]
Kuasa Yang Merosakkan Aqal

Seorang pemimpin dan ahli politik seringkali mewajahkan diri mereka sebagai seorang yang berkeyakinan diri, berwawasan jauh, berkarisma dan sudah tentu, cakna kepada kebajikan rakyat. Namun realiti di hadapan kita adalah sebaliknya. Polisi-polisi yang menyusahkan orang ramai, kenyataan-kenyataan yang menyakitkan hati, perbuatan-perbuatan yang menzahirkan kebodohan dan kelakuan kebudak-budakan seringkali dihadapkan kepada kita.