Renungan dan Refleksi Aidilfitri

Penulis: Dr Sahul HM Alhamdulillah hari raya Aidilfitri sudah berakhir pada tanggal 22 April 2023 yang lalu. Kita masih berada pada bulan Syawal dan seperti kebiasaan tradisi di Malaysia, kita menyambutnya sehingga ke penghujung Syawal. Aidilfitri, dari segi syarak hanya disambut sehari, tetapi sejak 30 tahun kebelakangan ini, ia diharung selama 30 hari. Seingat saya, […]

Ramadan dan Memperingati Golongan yang Kebuluran

Penulis: Imran Rasid Kini sudah menjelang beberapa minggu kita menyambut bulan Ramadan (1444 Hijrah). Lazimnya, umat Islam pada waktu ini akan menumpukan kegiatan harian mereka dengan berpuasa dan beribadat. Tiap malam, selain daripada solat terawih, tidak kurang yang beri’tikaf di masjid-masjid. Ramadan umpamanya sebuah bulan memencilkan diri, memisahkan diri daripada ruang sosial. Tetapi ramai juga […]

Menang Kalah Islam Bukan Bergantung Pada Parti Politik

Penulis: Furqan Abdullah Kita seringkali mendengar retorik atau laungan “berjuang untuk kemenangan Islam” oleh segelintir pihak. Slogan seumpama ini lazimnya dikaitkan dengan pihak yang mendakwa diri mereka sebagai pemegang obor panji Islam terutamanya dalam ranah politik kepartian dan persaingan pilihan raya. Fenomena Lebai Muda dan Fatwa Tiktok Pra dan pasca PRU-15 memperlihatkan kemunculan beberapa pempengaruh […]

Kewajipan Menegur Ulama

Oleh: Syeikh Ahmad al-Raisuni Penterjemah: Luqman Tarmizi Menurut kaca mata Islam, ilmuwan dan ulama menempati kedudukan yang amat tinggi. Mereka merupakan pemegang kuasa yang hakiki yang mempunyai kedudukan tertinggi dan autoriti untuk memimpin. Para ulama juga merupakan pewaris para Nabi, dan tugas utama para Nabi ialah memberi peringatan tanpa mengharap balasan, memikul tugas menyucikan hati […]

Fatwa Hakiki vs Fatwa Siyasi

Penulis: Furqan Abdullah Fatwa merupakan panduan dalam hukum-hakam. Mereka yang mengeluarkan fatwa digelar sebagai mufti. Di Malaysia, fatwa yang diguna pakai secara rasmi dan meluas adalah peranan eksklusif institusi atau jabatan mufti. Adapun, fatwa yang diungkap oleh selain mufti dianggap pandangan peribadi ataupun pendirian individu semata-mata. Fatwa kebiasaannya akan membicarakan soal hukum taklifi yang lima […]

Agama dalam Politik: Sumber Inspirasi atau Alat untuk Dipergunakan?

Penulis: Luqman Tarmizi Dahulunya, memang sebahagian umat Islam di Malaysia salah dalam memahami agama. Bagi golongan ini, Islam langsung tidak mempunyai elemen politik. Islam hanya solat, puasa, zakat dan haji.  Alhamdulillah, salah faham ini beransur-ansur dihakis dan umat Islam umumnya menerima agama ini sebagai satu cara hidup yang syumul. Dari membersihkan najis hinggalah kepada memerintah […]

Mencari Dimensi Tanggungjawab Sosial dalam Pendidikan Islam

Penulis: Imran Rasid[1] “Adakah engkau lihat orang yang mendustakan ad-din?(1) Itulah orang yang mengherdik / menindas anak yatim (2); Dan tidak menggalakkan memberi makan kepada orang miskin (3); Kecelakaan bagi orang-orang yang melakukan solat (4). Yang lalai dari solat mereka (5); Juga orang-orang yang riya’ (6). Dan orang-orang yang enggan memberi pertolongan (7)”[2] Kyai Ahmad Dahlan, […]

Pondok Perlu Diaudit Walau Tidak Lahirkan Ekstremis

Penulis: Furqan Abdullah Saya tidak berhasrat untuk mengulas berkenaan kenyataan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid yang dilaporkan oleh akhbar Utusan mengenai dakwaan bahawa pondok berpotensi melahirkan ekstremis. Kenyataan ini telah mengundang reaksi dan maklum balas yang beragam daripada pihak yang bersetuju dan juga pihak yang membantah. Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung untuk membicarakan kenyataan susulan […]

Tatkala Ulama Mula Lunak Dengan Israel

Penulis: Luqman Tarmizi “Israel kini mula cenderung ke arah kedamaian.” – Syeikh Abdullah bin Bayyah Syeikh Abdullah bin Bayyah tersenyum mesra sambil menjabat tangan Rabbi Ephraim Mirvis, ketua ‘ulama’ Yahudi di United Kingdom (UK). Dalam program sempena ulang tahun kedua normalisasi hubungan UAE – Israel pada Julai 2022 itu, Syeikh Bin Bayyah yang merupakan salah […]

Memaknai Kembali Haji & Umrah

Penulis: Furqan Abdullah Ibadat haji dan umrah sememangnya mempunyai nilai sentimental dalam kalangan masyarakat Melayu. Sejak sekian lama, umat Melayu bergolok-bergadai untuk mengerjakan haji. Almarhum Pak Ungku Aziz yang mempelopori idea penubuhan Tabung Haji menceritakan keadaan yang menyebabkan tercetusnya idea tersebut: “Saya lihat orang kampung akan menjual kambing, kerbau atau tanah mereka untuk menunaikan haji. […]