Penulis: Ali al-Husaini
Kemenangan BN di Johor pada PRN Johor 2026 baru-baru ini memberi tamparan sentak kepada PH. Sebagai parti persekutuan, 7 calonnya kehilangan deposit bukanlah sesuatu perkara yang mudah ditelan. Dalam banyak faktor kekalahan PH, suka untuk saya perhatikan hanya pada satu juzuk kecil yang kebetulan lalu di timeline media sosial saya iaitu mengenai sentimen penolakan dominasi identiti Melayu oleh DAP, teristimewa pada bab tulisan Jawi.
Penolakan Parti Cina Kepada Jawi: Antara Kawan & Lawan
Persepsi penolakan DAP pada Jawi ini bukanlah baru. Pada 2008, gambar Teresa Kok membantah tulisan Jawi di papan tanda Taman Tan Yew Lai turut menjadi salah satu bahan kempen pilihan raya yang menggugat sama rakan sejuang DAP pada waktu itu, Parti Islam SeMalaysia (PAS), yang baru mendalilkan kesucian perkahwinan waktu itu. Walaupun telah memenangi saman fitnah pada 2020, persepsi penolakan DAP pada Jawi tidak boleh dihakis.
Anehnya, ketika MCA menolak Jawi, kesan trauma itu tidaklah dirasai oleh orang Melayu. Malah parti Melayu Islam seperti PAS tidak sangsi untuk menyuruh ahli partinya untuk mengundi calon MCA yang bernaung di bawah pakatan Barisan Nasional. Malah reaksi MCA yang membantah larangan Kerajaan Negeri Sembilan yang melarang minuman arak di pantai Port Dickson nampaknya gagal menyentak mana-mana pertubuhan Melayu ataupun Islam yang bersekutu dengan parti-parti tegar Melayu-Islam.
Semangat yang sama, dipamerkan oleh Gerakan yang turut sama menolak Jawi, tetapi telah dihalalkan kerana itu menjadi โrakan sejuangโ di dalam Perikatan Nasional sambil dilupakan juga peranan Gerakan dalam rusuhan 13 Mei 1969.
Tapi bagaimana kalau saya katakan bahawa hakikatnya, kalaulah satu hari nanti pupus binasa tulisan Jawi ini, beban kesalahannya tidak boleh diletak pada DAP, MCA mahupun Gerakan?
๐๐๐ก๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฎ ๐๐๐ง๐๐๐ก ๐ฌ๐จ๐ค๐จ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ง๐๐
Tidak seperti British di Tanah Melayu, Belanda mempunyai dasar campur tangan dalam soal bahasa yang kukuh di Indonesia. Bagi melicinkan pentadbiran jajahannya, Belanda menyelaraskan agar Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dan perdagangan bagi seluruh tanah jajahannya.
Tidak seperti di Semenanjung yang menggunakan Bahasa Jawi; sebuah bahasa persuratan Melayu aras tinggi, Belanda memilih untuk menggunakan Bahasa Melayu Rendah yang terhasil di Betawi. Bahasa yang menerima susunan tatabahasa yang longgar, juga kacukan perkataan atau sebahagian tata bahasa Hokkien dan bahasa asing lainnya. Ini menjadikan sifat Bahasa Melayu Rendah mudah difahami semua golongan tanpa mengira latar belakang pendidikan.
Tulisan Melayu Rendah ini bagaimanapun tidak lagi menggunakan tulisan Jawi atau โhuruf Melayuโ bak kata Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB) Diraja Johor, sebaliknya menggunakan sistem tulisan Rumi dengan ejaan Van Ophuijsen. Di sinilah mulanya Jawi dieja dengan Rumi dan dipakai meluas dalam kalangan rakyat Alam Melayu.
Ketika Sumpah Pemuda 1928 dibuat bagi tujuan perjuangan kemerdekaan Indonesia, Bahasa Melayu Rendah ini diubah namanya menjadi Bahasa Persatuan lalu dinamakan pula sebagai Bahasa Indonesia.
Meskipun asalnya ia disebut Bahasa Melayu Rendah, jangan terhantuk nasionalisme dahulu dengan memperolok Bahasa Indonesia itu sebagai bahasa yang rendah, kerana kelak bahasa rendah yang telah bertukar nama ini menjadi kiblat Bahasa Malaysia juga.
๐๐๐๐: ๐๐๐ฅ๐๐ก๐ข๐ซ๐ค๐๐ง ๐๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ฌ๐, ๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ง๐ฎ๐ก ๐๐๐ฐ๐ข
Di Semenanjung, Tulisan Rumi ketika itu tidak digemari orang Melayu. Akhbar Rumi dikhabarkan tidak laku. Barangkali tidak tergambar di fikiran orang Melayu kampung waktu itu bahawa tulisan Jawi akan menjadi entiti aneh dan canggung dalam masyarakat seperti hari ini.
Semua itu berubah. Titik perubahannya ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (KBPM). Pada siri kongres inilah wujud gagasan untuk mengiktiraf Rumi dan seterusnya lambat laun meletakkan Jawi sebagai sesuatu yang tidak dimusnahkan secara langsung, sebaliknya digantung nasib Jawi itu dengan pengikat โโฆsehingga masa menentukanโ.
Siri kongres inilah yang melahirkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), lucunya juga merupakan pembunuh perlahan kepada Jawi sehingga kelak Jawi akan dipandang hanya pada sistem ejaannya. Lebih malang, sistem ejaan Jawi tanah air kini terkenal sebagai sesuatu yang berterusan berubah. Namun sekadar melecehkan guru Pendidikan Agama Islam, tetapi hilang langsung taringnya di luar bilik darjah kerana tidak relevan untuk digunakan.
๐๐โ๐๐ ๐๐๐ง๐ ๐ ๐ข๐ฎ๐ซ ๐๐จ๐๐ฉ๐ข ๐๐๐ก๐๐ ๐๐๐ญ๐๐ฐ๐ข
Dari manakah semua keberahian para pujangga di kongres tadi mendapatkan idea perumian bahasa Melayu? Tokohnya tidak lain, ibunya pada Gemulah Pendeta Zaโba.
Zaโba telah menanamkan idea ini pada Mejar Dato’ Haji Mohd Said bin Haji Sulaiman yang dikenal sebagai Pendita Johor. Persoalannya, jika benar tidak laku akhbar rumi di Semenanjung, mengapa seakan begitu dighairahkan perumian itu?
Rupanya kerana Zaโba merasakan bahawa sebagai negara kecil yang menuju merdeka, kita perlulah mencantumkan diri dengan Indonesia yang lebih besar. Ini akan membuatkan bangsa kita semakin membesar jajarannya.
Maka direkalah alasan โasingnya huruf Arab dengan lidah Melayuโ bagi meneruskan hasrat perumian itu. Semuanya kerana beliau menggiurkan selera Bahasa Melayu Rendah gaya Betawi. Lebih asli berbanding Bahasa Jawi yang dipelopori kaum bijak pandai dahulu kononnya.
๐๐๐ง๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ก: ๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฎ ๐๐๐๐ฎ๐ฅ
Malangnya perangai pengecut kebanyakan Melayu tak bertulang budi dari dulu sehingga kini ialah memukalkan semua masalah pada satu entiti tunggal yang seringnya entiti โselain mereka (The Others)โ.
Perkara ini boleh dilihat dalam Sulalatus Salatin, ketika jelas budaya korupsi Melaka yang dimulai dari Sultan Mansur sehingga Sultan Mahmud menggoyahkan Melaka sehingga dikenal Melaka dengan tipu daya dan budaya rasuah. Namun akhirnya, kesalahan kejatuhan Melaka itu biarlah ditanggung Raja Mandeliar, Nina Sura Dewana dan Si Kitol. Ringkasnya, mari kita pukalkan salah kejatuhan Melaka pada para pedagang dari Benua Keling yang merasuah. Lupakan sebentar soal penerima rasuahnya.
Begitu pula dengan keadaan isu Jawi ini; Zaโba, Khir Johari dan Kongres serta banyak lagi entiti Melayu lain yang telah menikam Jawi sepanjang sejarah, kita tutupkan mata dahulu, tetapi nanti luka akhir itu marilah kita tunggalkan kesalahan semuanya pada DAP.
Sekiranya orang Melayu terus mengamalkan sikap ini, nescaya, barangkali boleh menanglah Melayu itu dalam membuat pertalian antara watak bukan Melayu dengan keterancaman mereka. Mudahlah mereka membuktikan bahawa adanya ancaman dari luar terhadap identiti mereka.
Tetapi jauh sekali mereka mampu menangani isu identiti dan kelangsungan mereka selama mereka menunggu watak untuk dipersalahkan atas kesalahan mereka. Mereka akan gagal membaiki dan memulihara identiti dan kelangsungan mereka. Bagai menunggu ulat memakan daging busuk, tetapi tak mahu dirawat tubuh yang menghidap penyakit itu. Ulat akan dikata ancaman, tetapi sakit tubuh sendiri dibiarkan. Wallahuaโlam.




