Alhamdulillah, Pondok Siyasah 3,0 yang dilaksanakan dengan kerjasama antara Asatizah Selangor dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah berlangsung dengan jayanya pada 17-19 November 2023 lalu. Asas-asas politik Islam dalam konteks Malaysia menjadi topik utama bengkel dalam program ini.
Program yang bertempat di Institut Latihan Dakwah YADIM (Hulu Langat) ini melibatkan kira-kira 40 peserta daripada beberapa institusi pendidikan. Terdapat pelbagai slot ceramah, dialog interaktif, latihan dalam kumpulan dan aktiviti luar dewan telah diadakan.
Program ini menggunapakai modul Pondok Siyasah yang telah dibangunkan oleh Asatizah Selangor sejak Disember 2022 yang merangkumi pelbagai aspek penting dalam politik Islam, tinjauan terhadap sejarah Malaysia, kupasan Piagam Madinah dan lain-lain.
Pihak Asatizah Selangor amat berterima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh YADIM termasuk sokongan padu daripada Ketua Pengarah Eksekutifnya, Ustaz Zamri Zainal Abidin dan Ustaz Shahrizal Bin Mat, Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (Kemuda). InshaAllah program ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.









