Pondok Siyasah merupakan satu inisiatif Merdeka Center dan Team Selangor dalam menerapkan literasi siyasah Islam serta kecaknaan politik dalam kalangan masyarakat. Selain portal ini yang menerbitkan artikel-artikel separa ilmiah dan ulasan isu semasa, Pondok Siyasah juga aktif menganjurkan bengkel-bengkel intensif berkenaan politik Islam kepada mahasiswa dan anak muda, selain bersiaran di podcast yang mewacanakan isu-isu malar segar seputar politik nasional, ekonomi, kemasyarakatan, pemikiran Islam dan geopolitik antarabangsa.