Mampukah Ilmu Kalam dan Sains Moden Diharmonikan?

Penulis: Tg Ameer Faiqal Tg Ferozdin Wacana taqrib ilmu falsafah, kalam dan sains moden bukanlah satu wacana yang baru timbul dalam masyarakat di Malaysia, paling kurang dengan mengambil iktibar segala projek-projek terdahulu yang pernah digembleng sama ada atas nomenklatur Islamisasi, Tajdid, Kalam Renewal, Relevantisasi atau selainnya. Isu ini bangkit semula dan menjadi perbualan hangat lagi-lagi […]

Bengkel Intensif Politik Islam

Program Bengkel Intensif Politik Islam iaitu Pondok Siyasah telah diadakan pada 8-10 Disember yang lalu. Program tiga hari dua malam ini menggunakan modul pertengahan (intermediate). Lebih separuh peserta telah melalui program fasa permulaan (beginner). Empat pembentang telah terlibat iaitu Prof Dr Zulkifli Hasan, Dr Hafidzi Mohd Noor, saudara Fathi Aris Omar dan saudara Marwan Bukhari. […]

Pondok Siyasah 3.0

Alhamdulillah, Pondok Siyasah 3,0 yang dilaksanakan dengan kerjasama antara Asatizah Selangor dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah berlangsung dengan jayanya pada 17-19 November 2023 lalu. Asas-asas politik Islam dalam konteks Malaysia menjadi topik utama bengkel dalam program ini. Program yang bertempat di Institut Latihan Dakwah YADIM (Hulu Langat) ini melibatkan kira-kira 40 peserta daripada […]

Tahukah Kamu Siapa itu Penunggang Agama?

Penulis: Luqman Tarmizi Perintah al-Quran agar umat Islam melaksanakan amar makruf nahi mungkar dijadikan asas untuk menceburi bidang politik dan melakukan islah dalam masyarakat. Namun sebahagian anggota masyarakat telah melampaui batas dan menyeleweng daripada landasan sebenar. Dari berpolitik menurut agama, sebahagian mereka terjebak pula ke dalam kancah mempolitikkan agama, atau memperalatkan agama untuk tujuan politik, […]

Merungkai kenyataan “Wajib sokong PAS kerana PAS dipimpin oleh ulama”

Penulis: Luqman Tarmizi Menurut kaca mata Islam, ilmuwan dan ulama menempati kedudukan yang amat tinggi. Dalam al-Quran, ulama itu ditafsirkan sebagai mereka yang benar-benar takut kepada Allah SWT. Ulama juga disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai pewaris para Nabi. Oleh kerana itu, ulama memainkan peranan besar dalam kehidupan seorang Muslim, dan tidak terkecuali dalam soal politik. […]

Polemik Status Pulau Pinang: Propaganda Sejarah Dan Fahaman Irredentism – Bahagian 2

Irrendentism merupakan ideologi atau gerakan politik yang memperjuangkan pengilhakan atau pengembalian wilayah yang dianggap memiliki kaitan sejarah atau etnik dengan sebuah negara tertentu. Istilah irrendentism berasal daripada istilah Itali ‘irredento’ yang bererti ‘tidak ditebus.’ Ini membawa implikasi bahawa terdapat wilayah tertentu yang dianggap tidak ditebus, atau wilayah tersebut dipisahkan secara tidak adil daripada sebuah negara […]

Polemik Status Pulau Pinang: Propaganda Sejarah Dan Fahaman Irredentism – Bahagian 1

Penulis: Dr Sahul HM Dalam pergulatan moden bersama sains dan teknologi, ilmu sejarah sudah menjadi seperti ilmu dan disiplin kelas kedua. Yang diuar-uarkan di sana sini dalam segala pertemuan bersama wakil pemerintah, tiada pun yang berminat untuk menggalakkan penerokaan sejarah yang lebih autentik. Dalam segala zaman, ilmu sejarah hanya bernilai ketika rakyat dan negara berkonflik. […]

Aidiladha: Mengorbankan Kemiskinan Jiwa

Perayaan Aidiladha cukup signifikan dengan ibadat korban ataupun sembelihan binatang tertentu. Ibadat ini adalah salah satu syiar (simbolik) yang agung tanda ketakwaan dan medan ujian untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalam surah al-Hajj ayat 36 dan 37 jelas menerangkan falsafah teras pensyariatan ibadat ini iaitulah sebagai salah satu manifestasi untuk kita mengorbankan sifat […]

Benarkah Pulau Pinang Milik Kedah?

Penulis: Muhammad Faisal Abdul Aziz Baru-baru ini Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor mendakwa bahawa Pulau Pinang adalah sebenarnya milik Kedah. Ia seolah-olah menggambarkan bahawa Pulau Pinang sebenarnya bukan sebuah kerajaan yang berdaulat. Izinkan saya memberi pencerahan dari pelbagai perspektif. Pertama dari sejarah saya rujuk kes Reg v Willans. [1858] […]

Reformasi di Era Kerajaan Perpaduan: Menarik Rambut Dalam Tepung

Penulis: Dr Sahul HM Pada 14 Mei 2023, di Pusat Dagangan Dunia (WTC, dulunya dikenali sebagai P [Putra] WTC) berlangsung satu peristiwa penting yang menjadi antara titik terpenting sejarah politik negara ini. Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, menghimpunkan 19 parti politik daripada pelbagai spektrum pemikiran dan ideologi, demi mempertahankan kelangsungan pentadbiran pasca PRU-15. Mengapa ia penting? […]